Bulan Januari lepas, aku dengan member pergi makan dan buang angin ke Pekan Niah. Trip kali ini, memang short habis. Balik dari kerja (shift malam), kira-kira pukul 8 pagi, kitorang gerak dari Samalaju ke Pekan Niah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Seperti biasa, member drive, aku jadi co-pilot, haha.
Masuk simpang Niah, kitorang isi minyak kejap dekat Shell. Area tu memang nampak baru dibangunkan, stesen minyak ini pun, masih baru. Nice oh, pintu automatic, hehe.
Sampai di pekan Niah, kitorang pusing-pusing pekan, tak ramai orang, tapi almost semua kemudahan dan keperluan ada. Bawah ini, ada gambar sikit-sikit. Memang nampak tenang sebab tak sesak.
Kitorang sempat juga singgah sebentar ke Taman Negara Niah. Bagi sesiapa yang gemarkan keindahan alam semulajadi, silalah datang berkunjung ke sini. Kalau nak datang sini, kenalah sediakan kelengkapan seperti lampu suluh, air mineral, topi ,tuala kecil dan juga berkasut. Kenapa topi dan tuala? Gua beb, banyak kelawar,so, faham-fahamlah, takut-takut tahi bintang jatuh dari atas,hehe.
Jangan lupa juga untuk bersedia dari segi mental dan fizikal, sebab dengar-dengar, memang jauh jugalah nak berjalan dalam gua tu.
Aku dengan member aku memang dah bersedia awal-awal untuk sampai ke ENTRANCE Taman Negara Niah ini SAHAJA. Aku tak tahu bila la member aku ni nak ajak aku masuk kat dalam gua tu. Hmm...
Walaupun tak masuk ke dalam, it's okay lah. Bak kata omputih, "a journey with thousand miles begin with a single step". Looking forward for a journey to Gua Niah Cave la pulak lepas ini ye,chewah...
#member#dahpostdahpasalniah
No comments:
Post a Comment