Sunday, March 22, 2015

Krabi, Thailand

Untuk trip ke Krabi, tiket flight memang kitorang dah beli siap-siap, ada promo air asia. Mula-mula, plan pergi berdua, tapi lepas tanya member yang lain, jadilah vacation untuk kami berempat. The more the merrier,yeayy..



Jadi, disebabkan jadual kerja kitorang berbeza, masa vacation pun singkat, 4 hari 3 malam. Kitorang berangkat dari airport Miri, Sarawak pada pukul 9.55am dan sampai di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada pukul12.05pm. Flight ke Krabi pula pada pukul 5.05pm dan penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit dan kami tiba di Krabi pada pukul 5.20pm waktu tempatan (lewat 1 jam dari Malaysia).

Sampai je di Krabi Airport, kitorang pakat beli simcard, untuk internet, beli 1 jer..pastu tethering la..jimat cuma THB150 untuk 3 hari (unlimited internet). Lepas tu,kitorang pergi ke kaunter teksi, sebab destinasi pertama kitorang iaitu Krabi Town, dapat teksi untuk 4 orang THB400. Dah bayar teksi, ingatkan terus pergi naik teksi, tapi Mr. Yo (pemandu teksi) bawak kitorang pergi ke kaunter sebelah pulak. Biasalah, dorang nak promote pakej-pakej yang ada. Disebabkan kitorang memang malas nak pergi survey,kitorang sapu habis dari aktiviti keesokan harinya sampailah kami balik.



Hari pertama


Hotel memang kami dah book siap-siap kat booking.com. Hari pertama, kami stay di Krabi Town, sebab dengar-dengar, Night Market dia memang happening, so, kitorang cari hotel yang terdekat. Disebabkan ini percutian bajet, maka kami pilih hotel bajet iaitu No. 7 Guesthouse, bilik berempat, THB1100 untuk 1 malam. Bilik dia ada aircond, toilet semua okay,memang selesa. Sampai je kat hotel, kitorang rileks sekejap, sebelum sesi terjah ke Night Market.


Akak kaunter tadi cakap, kat Night Market Krabi Town ni, baju dia murah-murah, boleh dapat baju harga THB100 lebih kurang RM11~12 sehelai. Jadi kitorang plan untuk beli baju untuk sourvenir buat family kitorang.




Kat Night Market ni, memang happening, memang sesak dengan para pelancong yang datang dari pelbagai negara termasuklah warga tempatan. Macam-macam yang dijual, dari pakaian, makanan, cenderahati, lukisan, kraftangan dan banyak lagi. Kalau beli banyak-banyak bolehlah minta diskaun,hehe. 


Busy update status la tu,haha..

Hari kedua
Sesi pagi


Selamat pagi Krabi Town. 

Kitorang nak breakfast dulu sebelum transport untuk pergi ke Ao Nang Beach ambik kitorang. Kitorang keluar pukul 7am waktu Krabi, kedai-kedai memang tak buka lagi, so, kitorang pergi ke 7eleven. 







Sambil-sambil tu kitorang sempat jugalah ambik gambar banyak-banyak. Sebab lepas ni kitorang check-out dan untuk malam kedua, kami stay di Ao Nang. Untuk hari kedua, kitorang stay dekat Popeye Guesthouse dan kami dah booked awal-awal 2 bilik, sebab takde bilik berempat. Mula-mula kitorang booked bilik berkipas, tapi bila dah sampai sana, cuaca agak panas, so, kitorang upgrade bilik ber-aircond dari THB2800 ke THB 3200 untuk 2 bilik untuk 2 malam.

Pakej Phi Phi Island Tour (THB1200 per person)


Pakej Phi Phi Island, ni ha..keliling pulau ikut anak panah tu, naik speed boat. Memang bestlah, kitorang diberi masa untuk snorkeling kat 2 tempat, lepas tu, lunch disediakan (termasuk dalam pakej) kat Phi Phi Don Island. Pakej tu jugak termasuk dengan pengangkutan pergi dan balik ke hotel, jadi tak perlu risau nak berkumpul kat mana, sebab memang akan ada orang yang ditugaskan untuk guide kita pergi tempat yang ditetapkan. Tak nak cerita banyak, jom layan gambar-gambar yang sempat kitorang snap-snap.


Kitorang adalah peserta yang terawal di "pick-up" oleh tour agent.



Tour agent akan pick-up sorang-sorang dari hotel ke hotel di Krabi Town, pastu barulah kitorang gerak ke Ao Nang beach untuk aktiviti Phi Phi Island Tour.
















Habis je, aktiviti Phi Phi Island Tour, aktiviti berakhir dalam pukul 5 petang, kitorang dihantar oleh tour agent ke hotel, barulah kami check-in di Popeye Guesthouse, sekali lagi kami pilih hotel yang dekat dengan kawasan tumpuan iaitu persisiran pantai. Jadi, boleh jalan kaki je nak pergi tepi pantai.

Hari kedua
Sesi malam

Lepas penat aktiviti Phi Phi Island Tour, kitorang pun penat snorkeling semua, sebelum jalan-jalan di kedai-kedai yang berderet sepanjang jalan pantai Ao Nang, urut kaki dulu. Kitorang pergi ke Ta Massage bersebelahan dengan hotel kitorang, tak mahal, cuma THB200 untuk foot massage selama 1 jam. Pergh, memang lega, rileks sambil kumpul tenaga untuk sesi berjalan-jalan.


Selesai ber"massage",kitorang gerak ke kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Tapi sebelum tu, perut pun dah lapar, kitorang cari dulu tempat untuk mengisi perut. Ingat nak cuba makan makanan tradisional Thailand, tapi tak jumpa pula, sebab kitorang pun dah lapar sangat, jadi masuk mana-mana je kedai makan, haha. Kedai makan tu, memang kitorang tak sempat nak snap, lapar kot. Bagi yang Muslim, jangan risau, ada banyak kedai halal kat Ao Nang ni.




Di Ao Nang, harga barang-barang lebih mahal jika dibandingkan dengan Krabi Town, tapi kitorang tetap gigih tawar-menawar dengan tokey kedai. Last-last, dapat juga kurang sikit harga, itu pun beli dalam kuantiti yang banyak. Lepas puas shopping, kitorang singgah sebentar di bar, duduk-duduk sambil dengar orang menyanyi. Boleh tahan.


Lepas habis sesi berhibur, kitorang pun balik ke hotel dan bersedia untuk aktiviti keesokan harinya iaitu 4 Islands Hoping yang kitorang dah bayar masa kitorang kat airport.

Hari ketiga
Sesi Pagi

4 Islands Hoping (THB500 per person)

Kalau sebelum ini kami naik speed boat, kali ini kami naik longtail boat. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi waktu Krabi.

Mari kita berkumpul, berkumpul, berkumpul. Tunggu semua yang mengikuti pakej ini siap mendaftar, barulah kitorang gerak. So, layan jer lah gambar-gambar bawah ni okay.




Inilah kot sebab bot ni digelar sebagai longtail boat, enjin sangkut dia panjang dari yang selalu kita lihat di Malaysia.


Tup Island ini,kalau air surut,ada laluan yang menghubungkan dua pulau kecil ni,cantik kan.







Bot yang ada menjual makanan dan minuman di pantai Phra Nang



Gua ni dekat Phra Nang, ada sejarah dia. Cuba google Phra Nang Cave. Nelayan tempatan dan pemandu bot macam bagi offering la dekat Phra Nang Cave ni untuk memastikan keselamatan diorang semasa berada di laut.

Chicken Island



Rock climbing di Phra Nang


Tup Island zoom-out


Snorkeling ke kite


Jernihnya....

Aktiviti 4 Islands Hoping ni tamat lebih awal dari semalam, lebih kurang pukul 3 petang, kitorang sampai di pantai Ao Nang. Memandangkan, masih awal, kitorang plan pergi ke Tiger Cave Temple, kalau dari Ao Nang, agak jauhlah, tapi kalau dari Krabi Town, dekat je. Kitorang naik, songthaew, sekali trip THB1500, kira okayla tu. Driver tu siap tunggu kitorang habis pusing area tu dan takda limit masa. 



Belum siap pun dah cantik temple ni.






Ingatkan nak naik sampai ke puncak, tapi tak sampai separuh dan pancit. Mungkin kalau fresh-fresh, awal pagi naik, boleh kot sampai. Kitorang dah penat bermandi manda, memang tak cukuplah stamina nak panjat-panjat, tangga dia, boleh tahan curam. Hanya mampu sampai tangga yang ke 291, tak percaya, tengok gambar bawah ni. Kira okaylah tu kan.







Dah puas bergambar-gambar, kitorang pun chow dari situ. Teruskan misi untuk final shopping di Ao Nang. Sampai je di Ao Nang, kitorang snap-snap dulu, sebab last day dah kan. The next day kitorang berangkat dari hotel awal sebab flight awal pagi.



Hari ketiga
Sesi Malam

Jam masih awal, kitorang pergilah jalan-jalan di sepanjang kedai-kedai di tepi pantai. Last minute shopping.

Tiba-tiba.....



Dorang tengah promote pasal Cabaret Show dorang malam tu, pastu dorang cakap, 'you can take picture', so, kitorang pun snap-snap. Jangan lupa sediakan tips tau, penat dorang pose-pose gitu.

Lepas tu, kitorang pergi mencari kedai makan. Akhirnya, kitorang makan di rooftop punya restaurant. Bestlah, tenang, view dia, takda lah cantik sangat sebab kena halang dengan pokok,hmm..hampeh. Ingat nak tengok pemandangan waktu senja. Jadi, snap gambar makanan jer la. Makanan simple jer, tengok bil, mak aih, THB1960 atau RM200, gila mahal.



Habis makan, last minute shopping then dalam pukul 10 malam, kitorang balik hotel, kemas-kemas. Sedih...

Hari Terakhir
Subuh yang dingin

Bangun awal, member ajak shopping di 7eleven, haha, sempat. Driver ambik kitorang dalam pukul 6.30 pagi, sampai di airport dalam 7 lebih, check in and bye-bye Krabi. Semoga jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment