TIPS

Ruangan ini adalah ruangan untuk berkongsi pelbagai jenis tips dengan para pembaca. Semoga tips berrkenaan mendatangkan faedah kepada kita bersama. 


TIPS MENABUNG

Saya nak tanya, berapa ramai yang susah sangat nak menabung? Niat memang dah ada, nak buat tu yang payah. Saya pun macam tu juga, dapat gaji, ingat nak save duit, simpan dalam ASB, konon. Sampai ke sudah, tak jadi juga. Sikit atau banyak itu terpulang dengan individu masing-masing. Ikut kemampuan, yang penting, mesti ada simpanan untuk masa depan.

Banyak tips yang diajar kat blog-blog sebelum ni, saya cuma nak share cara saya menabung. Cara yang saya pakai ni memang mudah dan boleh dibahagikan kepada 4 kategori :

1. Simpan RM1 setiap hari untuk sebulan.

Yang ini, students pun boleh cuba. Dalam setahun, bolehla kumpul RM365 untuk 365 hari. Yang berkemampuan lebih, boleh la up sikit. RM2 sehari ke, ikut suka, tapi kena lah tentukan target minimum masing-masing. Yang gaji sampai RM5000 sebulan, buatlah lebih sikit, simpan dalam RM1.50 sehari ka,haha.



Kenapa tak simpan dalam bank terus? Ye la, kalau kumpul RM1 sehari, sebulan baru ja berapa RM kan. Macam...erm...(tidak melebihi 15 patah perkataan).

2. Simpan duit "plastik"

Kalau macam saya, saya memang kalau boleh, tak nak pakai duit RM1 baru. Jadi saya keluarkan dari dompet dan simpan dalam tabung. Ada member saya buat, RM5, juga ikut kemampuan masing-masing. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya baru ja mula simpan, jadi simpanan pun masih tak seberapa.




3. Simpan untuk capai target sendiri

Contohnya, untuk kes saya, sekarang ni bulan September, bulan Disember, kena bayar insuran dan roadtax kereta. Jadi, dapat gaji, terus save untuk tujuan tersebut. Let say, perlu kumpulkan dalam RM1500 untuk semua sekali, jarak dari September ke Disember, 4 bulan, jadi sebulan kena simpan RM375. 

Gambar bawah ni, saving untuk saya pergi bercuti ke Phuket,hehe.



4. Simpan syiling

Yang ini memang biasa sangat dan siapa-siapa pun boleh buat, students ke tak students, boleh ja menabung duit syiling. Lepas shopping, keluarkan duit syiling dari dompet atau uncang wang anda dan terus masukkan ke dalam tabung. Setel.


Step terakhir, kalau dah banyak simpanan tu, simpanlah kat ASB ya, atau mana-mana bank, kalau kena curi aii tak tanggung tau,hehe. Selamat menabung ya kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment