Sunday, November 1, 2015

TAMAN NEGARA NIAH

Setelah sekian lama, AKHIRNYA......



21 Oktober 2015

Bertolak dari Samalaju pada pukul 9.30am dan tiba di Taman Negara Niah pada pukul 10.30am. Lepas bayar tiket masuk, adalah menjadi satu kewajiban untuk ambil gambar beramai-ramai.

Ni la konco-konco yang bakal menerokai gua lejen, Gua Niah. Most of them pernah masuk, but for me, it's my first time.




Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia adalah RM10, manakala untuk warganegara lain adalah RM20.


Berjalan menuju ke arah jeti yang tak berapa jauh dari tempat parking.

Tambang naik bot adalah RM1 seorang untuk 1-way. Ingatkan adalah ambil masa dalam 5-10 minit naik bot dan terNYATA,bot ni untuk menyeberangi sungai sahaja, hampeh. Sebelum ni, saya selalunya buat research kalau nak pergi sesuatu tempat baru, tapi kali ini, takda pula, jadi saya tak ada idea langsung macam mana perjalanan, jarak and whatsoever. Kali ini, saya follow ja mereka-mereka yang berpengalaman.




Kalau datang sini, kena prepare dari segi fizikal dan mental. #dongibab
Paling penting, mental kena kuat.

WAJIB ada:

1. Air (nanti haus)
2. Lampu suluh (paling best yang lekat kat kepala)
3. Guna kasut (licin)
4. Towel kecil (peluh/tutup hidung)
5. Topi (takut kena hujan tahi kelawar)
6. Jajan macam coklat/kacang/keropok pun bole (lapar ow)
7. Kamera (rugi la kalau tak bawa, lain la kalau dah banyak kali pergi)

Destinasi pilihan, Painted Cave sejauh 4.1km. Ulang-alik 8.2km . Untuk orang-orang yang bersenam setahun sekali macam aku, memang satu dugaan maha hebat, tapi bak kata pepatah Melayu, menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, chewah..



















Cover hidung jap, bau perfume cap tahi kelawar dan burung memang, pergh...menyengat.






Kitorang tengah tunggu bas.
Memang penat sangat, banyak kali juga la kitorang masuk ke pit stop.



Painted Cave ni femes sebab kat situ ada lukisan purba, which is kena pagar for conservation purpose. So, dapat tengok dari jauh ja la lukisan-lukisan yang kian faded.

Kitorang start pukul 10.40 pagi, sampai di Painted Cave pada pukul 1.00 petang. 1.20 petang kitorang gerak perlahan kembali ke pangkal jalan. Sampai di jeti lebih kurang pukul 4.00 petang. 

Rasanya, kebanyakan masa dihabiskan untuk bergambar,haha.




Kami sudah, ANDA bila lagi?

Kalau buat monthly, apa macam? Hahaha.....

1 comment: