Trip kali ini merupakan misi untuk mencari udang galah. Berbekalkan maklumat daripada bekas rakan sekerja, kami bertiga bersiap siaga memburu restoran seafood di Kuala Tatau, D'muara Seafood & Traditional Melanau Cuisine.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada simpang Jepak atau 1 jam perjalanan dari bandar Bintulu. Selepas simpang Jepak, ada satu bulatan, simpang pertama menuju ke arah Kuala Tatau. Senang ja, gunakan jalan utama sampai jumpa simpang T depan sungai, belok kiri..tadaa....dah pun sampai.
Kitorang punya order,hehe. Sedap. Rugi tau kalau pergi Bintulu tak singgah kat sini.
Restoran ini memang tradisional dan menggunakan konsep open air.
Antara menu-menu yang ada. Dekat sini, anda boleh pilih saiz udang dan harnganya bergantung dengan saiz udang yang anda pilih.
Kitorang order 2 mee goreng udang saiz M dan 1 set tomyam udang juga saiz M, sotong sumbat 2 ekor beserta dengan 3 gelas air Ice Lemon Tea. Jumlah semua sekali RM93.00.
Selesai menjamu selera, kitorang pun balik dengan perut yang kenyang.
No comments:
Post a Comment