Wednesday, September 2, 2015

Beg Projek

Disini penulis hendak mengambil kesempatan untuk mempromosikan bisnes ini.

Tiga projek merupakan syarikat yang menjual pelbagai jenis beg dengan harga yang mampu milik. Meski masih baru menceburi bidang perniagaan, nyata syarikat ini mempunyai pengikut tersendiri dan ramai mula yakin dengan produk/servis yang ditawarkan. Marilah memberikan sokongan kepada golongan muda dalam memajukan diri serta berdiri di atas kaki sendiri.


Sila klik link ini Beg Projek untuk view blog tiga projek



@bag_project

Bag 3 Project (sila klik link ini)
Jangan lupa LIKE page Bag 3 Project, okay?



Kuala Tatau

Trip kali ini merupakan misi untuk mencari udang galah. Berbekalkan maklumat daripada bekas rakan sekerja, kami bertiga bersiap siaga memburu restoran seafood di Kuala Tatau, D'muara Seafood & Traditional Melanau Cuisine.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada simpang Jepak atau 1 jam perjalanan dari bandar Bintulu. Selepas simpang Jepak, ada satu bulatan, simpang pertama menuju ke arah Kuala Tatau. Senang ja, gunakan jalan utama sampai jumpa simpang T depan sungai, belok kiri..tadaa....dah pun sampai.


Kitorang punya order,hehe. Sedap. Rugi tau kalau pergi Bintulu tak singgah kat sini.




 Restoran ini memang tradisional dan menggunakan konsep open air.


Antara menu-menu yang ada. Dekat sini, anda boleh pilih saiz udang dan harnganya bergantung dengan saiz udang yang anda pilih.




Kitorang order 2 mee goreng udang saiz M dan 1 set tomyam udang juga saiz M, sotong sumbat 2 ekor beserta dengan 3 gelas air Ice Lemon Tea. Jumlah semua sekali RM93.00. 


Selesai menjamu selera, kitorang pun balik dengan perut yang kenyang.