Sunday, November 1, 2015

TAMAN NEGARA NIAH

Setelah sekian lama, AKHIRNYA......



21 Oktober 2015

Bertolak dari Samalaju pada pukul 9.30am dan tiba di Taman Negara Niah pada pukul 10.30am. Lepas bayar tiket masuk, adalah menjadi satu kewajiban untuk ambil gambar beramai-ramai.

Ni la konco-konco yang bakal menerokai gua lejen, Gua Niah. Most of them pernah masuk, but for me, it's my first time.




Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia adalah RM10, manakala untuk warganegara lain adalah RM20.


Berjalan menuju ke arah jeti yang tak berapa jauh dari tempat parking.

Tambang naik bot adalah RM1 seorang untuk 1-way. Ingatkan adalah ambil masa dalam 5-10 minit naik bot dan terNYATA,bot ni untuk menyeberangi sungai sahaja, hampeh. Sebelum ni, saya selalunya buat research kalau nak pergi sesuatu tempat baru, tapi kali ini, takda pula, jadi saya tak ada idea langsung macam mana perjalanan, jarak and whatsoever. Kali ini, saya follow ja mereka-mereka yang berpengalaman.




Kalau datang sini, kena prepare dari segi fizikal dan mental. #dongibab
Paling penting, mental kena kuat.

WAJIB ada:

1. Air (nanti haus)
2. Lampu suluh (paling best yang lekat kat kepala)
3. Guna kasut (licin)
4. Towel kecil (peluh/tutup hidung)
5. Topi (takut kena hujan tahi kelawar)
6. Jajan macam coklat/kacang/keropok pun bole (lapar ow)
7. Kamera (rugi la kalau tak bawa, lain la kalau dah banyak kali pergi)

Destinasi pilihan, Painted Cave sejauh 4.1km. Ulang-alik 8.2km . Untuk orang-orang yang bersenam setahun sekali macam aku, memang satu dugaan maha hebat, tapi bak kata pepatah Melayu, menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, chewah..



















Cover hidung jap, bau perfume cap tahi kelawar dan burung memang, pergh...menyengat.






Kitorang tengah tunggu bas.
Memang penat sangat, banyak kali juga la kitorang masuk ke pit stop.



Painted Cave ni femes sebab kat situ ada lukisan purba, which is kena pagar for conservation purpose. So, dapat tengok dari jauh ja la lukisan-lukisan yang kian faded.

Kitorang start pukul 10.40 pagi, sampai di Painted Cave pada pukul 1.00 petang. 1.20 petang kitorang gerak perlahan kembali ke pangkal jalan. Sampai di jeti lebih kurang pukul 4.00 petang. 

Rasanya, kebanyakan masa dihabiskan untuk bergambar,haha.




Kami sudah, ANDA bila lagi?

Kalau buat monthly, apa macam? Hahaha.....

Sunday, October 25, 2015

PATONG BEACH,PHUKET (2-5 Oktober 2015)

2-5 Oktober yang lalu, sekali lagi saya pergi vacation ke Patong Beach Phuket Thailand. Kali ini dengan member lain pulak. Trip 4d3n ni, sekali lagi hotel pilihan, @Home Boutique Hotel sebab servis, location dan harga memang tip top. Sebelum itu, saya nak ucapkan manyak-manyak telima kasih sama saya punya penaja tiket ke Phuket dan juga penaja penginapan iaitu Cik Carol. Thank you so much. Saya merasa begitu terharu.



Ok,first day, kitorang sampai kat Patong lebih kurang pukul 6 petang waktu tempatan. Kitorang sampai ja kat hotel mandi, siap-siap untuk pergi makan. Kitorang pergi makan kat Night Market yang tak jauh dari hotel kami, 5 minit je kot jalan kaki. Lepas makan, kitorang survey pakej-pakej aktiviti kitorang di Bangla Road untuk sepanjang hari kat sini. 

3 Oktober 2015

Aktiviti kitorang untuk second day, kitorang pilih aktiviti Islands Hoping. Coral Island and Raya Island. Ada aktiviti snorkeling. Untuk pakej ini, naik speedboat bayarannya THB1000 iaitu lebih kurang RM120. Dalam pakej ini, makanan tengahari disediakan. Jom, layan gambar.








4 Oktober 2015

Hari ketiga kami ambil pakej extreme punya aktiviti, tapi takde la extreme sangat, tapi memang berbaloi, sebab semua aktiviti tu, first time. Orang kata, rugi kalau tak cuba. So, untuk pakej ini, bayarannya THB1500 per person. Kalau ambil mana-mana pakej, kena la buat tawar menawar okay, jangan terus ambil je. Kalau lagi ramai, boleh less lagi banyak. 

Mula-mula kitorang flying fox, ATV, elephant trekking, rafting, waterfall dan last sekali pergi monkey cave. Untuk elephant trekking tu, kena standby tips (duit) untuk bagi kat pelatih gajah tu. Jom, layan gambar-gambar yang ada.















Aktiviti senja dan malam, jalan-jalan di Bangla Road dan Patong Beach














5 Oktober 2015

Bertolak dari hotel pukul 6 pagi. Phuket, see you again next time..