2-5 Oktober yang lalu, sekali lagi saya pergi vacation ke Patong Beach Phuket Thailand. Kali ini dengan member lain pulak. Trip 4d3n ni, sekali lagi hotel pilihan, @Home Boutique Hotel sebab servis, location dan harga memang tip top. Sebelum itu, saya nak ucapkan manyak-manyak telima kasih sama saya punya penaja tiket ke Phuket dan juga penaja penginapan iaitu Cik Carol. Thank you so much. Saya merasa begitu terharu.
Ok,first day, kitorang sampai kat Patong lebih kurang pukul 6 petang waktu tempatan. Kitorang sampai ja kat hotel mandi, siap-siap untuk pergi makan. Kitorang pergi makan kat Night Market yang tak jauh dari hotel kami, 5 minit je kot jalan kaki. Lepas makan, kitorang survey pakej-pakej aktiviti kitorang di Bangla Road untuk sepanjang hari kat sini.
3 Oktober 2015
Aktiviti kitorang untuk second day, kitorang pilih aktiviti Islands Hoping. Coral Island and Raya Island. Ada aktiviti snorkeling. Untuk pakej ini, naik speedboat bayarannya THB1000 iaitu lebih kurang RM120. Dalam pakej ini, makanan tengahari disediakan. Jom, layan gambar.
4 Oktober 2015
Hari ketiga kami ambil pakej extreme punya aktiviti, tapi takde la extreme sangat, tapi memang berbaloi, sebab semua aktiviti tu, first time. Orang kata, rugi kalau tak cuba. So, untuk pakej ini, bayarannya THB1500 per person. Kalau ambil mana-mana pakej, kena la buat tawar menawar okay, jangan terus ambil je. Kalau lagi ramai, boleh less lagi banyak.
Mula-mula kitorang flying fox, ATV, elephant trekking, rafting, waterfall dan last sekali pergi monkey cave. Untuk elephant trekking tu, kena standby tips (duit) untuk bagi kat pelatih gajah tu. Jom, layan gambar-gambar yang ada.
Aktiviti senja dan malam, jalan-jalan di Bangla Road dan Patong Beach
5 Oktober 2015
Bertolak dari hotel pukul 6 pagi. Phuket, see you again next time..