Saturday, August 1, 2015

Phuket, Thailand (Day 3)

James Bond's Island Tour

Hahaha.. lama dah tak update blog. Tunggu rajin sikit barulah update. Sebenarnya, post sebelum ini ada kesilapan sikit. Hari ketiga, aku dengan member aku ambil package James Bond's Island Tour. Untuk Phuket City Tour tu, kitorang ambil untuk hari yang keempat,hehe.

Pengembaraan kali ini adalah menggunakan big boat. Aku dah lupa dah susunan aktiviti, tapi takpe, layan jer la gambar-gambar yang ada. Oh, ya, untuk package ini, kami berkesempatan untuk canoeing, dalam bahasa melayu..erm.....Jangan risau, ada yang tolong kayuhkan kalau tak confident nak kayuh sendiri,hehe.




Encik ini kami punya tourist guide, lupa dah nama dia. Dia akan explain laluan yang akan kami pergi. Best dan happening.


Yang ini Hong Island. Ada dua tempat canoeing, satu kat sini dan satu lagi kat Panak Island, tapi yang itu depend dengan water level, kalau low tide, baru boleh masuk dalam gua.

Batu ni bentuk dia macam kepala ikan.






Masuk dalam gua yang sangat gelap dan berbau tahi kelawar,haha. Panjang laluan dalam ni lebih kurang 100m kalau tak silap la,hehe.

Disebabkan ramai orang, jadi kami terpaksa ikut giliran. Dalam gambar ini, diorang yang pergi dulu.