Tuesday, May 5, 2015

Phuket, Thailand (Day 4)

Phuket City Tour (THB450/person)

Harga tour ni, kena survey dulu tau. Tawar menawar sikit. Sebab tourist dari Canada, yang sama trip dengan aku tu, dorang kena bayar THB950 seorang, punyalah jauh beza harga dia.

Hari ketiga, aku dengan member aku ambik tour ni. Actually, untuk Phuket City Tour ni, ada banyak package yang boleh di add on, tapi mahal la. Contohnya, aku dengan member aku ambik yang basic, percutian bajet la katakan. Dalam tour kami tu, ada singgah bergambar dengan anak gajah, add on (bayaran tambahan dikenakan) pakej, jalan-jalan naik gajah/bagi gajah mandi. Kalau ada duit lebih, bolehla. Selain dari tu, ada lagi add on pakej yang ditawarkan macam naik ATV untuk menikmati permandangan dari lereng bukit. 

Aku lupa nak bawa balik brochure tu. Okay, city tour ni, first, kitorang stop dekat Karon View Point. Kalau tengok real, memang cantikla pemandangan dari atas, tapi jadi tak cantik pulak gambar dia, jadi maksudnya, korang kenalah datang sendiri untuk menikmati pemandangan yang indah permai tu.


Next pit stop, kitorang dekat Elephant farm, bolehlah ambik gambar dengan anak gajah. Ambik gambar free, nak naik gajah, round-round, kena bayar lebih. Ambik gambar jer pun okaylah. 

Lepas bergambar dengan anak gajah, kitorang pergi ke Big Buddha. Ini, kalau tak pergi ke sini, kira belum sampai ke Phuket la, wajib pergi. Sebab, view dari situ, memang, pergh...



Big Buddha ni terletak di atas bukit Nakkerd, jadi, dari bawah bukit, memang dah boleh nampak Big Buddha ni dari jauh. Memang besar, sebab tu la nama dia Big Buddha. Big Buddha ni masih lagi under construction dan depend dengan sumbangan dari orang ramai. Dari atas tu, boleh tengok pemandangan sekeliling pulau,360 darjah. Memang terbaik.

Perhentian seterusnya adalah Wat Chalong Temple yang terletak di Chalong Subdistrict, Mueng Phuket District. Temple ni salah satu tempat yang femes selain dari Big Buddha. Senibina yang menarik dan cukup unik, cantik.

Dari Wat Chalong, kitorang pergi ke Cashew Nut a.k.a buah gajus. Ala, yang dalam teka teki tu, buah apa biji diluar. Kat situ ada jual pelbagai jenis makanan ringan yang berasaskan buah gajus. Aku dengan member aku pulak, nak tau buat apa? Kitorang jalan-jalan keliling, makan "tester", mahal kot, tak mampu beli, haha.

Lepas tu kitorang, coffee break dekat duty free shop. Nama jer coffee break, aku ingatkan dorang sediakan coffee ke apa untuk minum, alih-alih, masuk kedai tu, ada pelbagai jenis barang-barang yang menipiskan dompet anda. Dompet aku yang dah sedia nipis ni, memang mampu cuci mata jer la. Sana dorang ada jual barangan yang diperbuat dari kulit buaya, jam-jam berjenama, aksesori mahal, arak, sabun pun ada dan banyak lagi.

Last sekali, kitorang berhenti di honey bee farm. Dekat situ, dorang akan ajarkan macam mana nak kenalpasti madu tulen atau ada campuran gula, kalau nak tahu, kenalah datang ke situ, hehe. 

Dalam pukul 2.30 petang, kitorang pun balik ke Patong.

Lupa nak mention, tiap petang, aku dengan member aku pergi lepak di tepi pantai, sampailah matahari terbenam, kenangan yang tidak dapat dilupakan. Petang tu kitorang sewa skuter selama 1 hari, THB250, jadi kitorang pun jalan-jalan area Patong beach.

Sebelah malam pula, lepas makan kat pasar malam, kitorang jalan-jalan dekat Bangla Road, enjoy nightlife, memang sangat happening. Aku dengan member aku pergi tengok liveband, lepak kat situ, performance yang sangat energetic. Salute. 


Saturday, May 2, 2015

Phuket, Thailand (Day 2)

Phi Phi Island Tour
(THB800/person)

Last entry aku dah mention, aku dengan member aku ambik Phi Phi Island Tour naik big boat atau bot besar. Sepatutnya dorang pick up kitorang dekat hotel pukul 7.00-7.15 pagi, tapi sekali tengok, pukul 7.30 tak muncul, pukul 8.00 pagi pun belum ada orang pick up. So, En. customer service hotel kitorang call la agen tour yang sepatutnya pick-up kitorang, rupa-rupanya, agen tu silap pick-up orang. Pulak dah, kena la tunggu 15 minit lagi untuk dorang patah balik. Boleh pulak dorang lupa orang comel macam aku ni. Dipendekkan cerita, kitorang sampai di pier dalam pukul 9.30 pagi, agak jauhla dari hotel.

Disebabkan terlambat sampai di pier, aku dengan member aku terpaksa la naik speed boat, kira untunglah, sebab naik speed boat, pakej dia lain, kalau tak silap THB1100 atau THB1200. Kitorang punya pakej, cuma bayar THB800, hehe. 

So, layanlah gambar yang ada (tak banyak gambar sebab SD card damage,huhu)





Sampai dekat Monkey bay, kitorang berhenti sekejap, bagi monyet-monyet makan, then kitorang teruskan perjalanan dan tak jauh dari situ, kitorang berhenti untuk snorkeling. Disebabkan tempat tu open water, banyak bot lalu, memang terumbang-ambing dilambung ombak. Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kepala pun heng sikit, ta menyabo aku terjun dari bot. Tak macam masa trip ke Krabi, tempat stop snorkeling lebih best, air tenang. Nampak coral. Yang kali ni, aku nampak batu saling tak tumpah macam batu sungai kat kampung aku je.

Habis ja ber seno-keling (snorkeling versi Thai), kitorang berhenti menjamu selera di Phi Phi Don Island. Free hokey, masuk dalam pakej. Masa tu kira-kira pukul 12.30 tengahari, aku dengan member aku diarah, macam kasar pulak, disuruh/dibagitahu supaya follow big boat yang sepatutnya kitorang naik tadi. Big boat tu gerak pukul 2.00 petang. Jauh jugakla, nak berjalan ke jeti. 

Nampak saja big boat, aku terus teringat cerita Filipin, macam feri dalam cerita Sanay Wala Nang Wakas ke cerita lain, lupa la. Tapi serius, aku dah fe-feeling macam retis, memandangkan aku dengan member aku orang pertama naik bot, so, kami berdua dengan sewenang-wenangnya memilih tempat duduk.

Before orang lain naik, kami berdua naiklah ke dek bahagian atas, ambik gambar banyak-banyak. Korang jangan tanya gambar tu kat mana, nanti aku libas korang ala-ala tekong sepak takraw punya libasan.



Masa trip ke Krabi Mac lepas, ada juga pergi ke Phi Phi Island, mungkin entry lepas lagi banyak gambar dari kali ini. Jangan risau, Phi Phi Island masih berada di tempat yang sama, saiz pun sama. Kali ini, aku cuma teman member aku sebab dia belum pernah pergi Phi Phi Island.



Perjalanan balik dari Phi Phi Don Island kalau tak silap sejam lebih kot, tak tau la, sebab landing jer aku kat kerusi macam abam pakai spec mata hitam tu, terus aku tutup muka guna tuala, layan mata, hujan kot. Bila lagi nak tido dalam bot besar tu. Dari fe-feeling retis, aku tukar jadi orang tak kisah apa-apa jadi, janji tido.

Sampai kat pier dalam pukul 4 petang dan lepas tu, naik mini van, sampai kat hotel dalam pukul 5 petang. Pergh, penatnya.

Malam tu, aku dengan member aku pergi makan dekat pasar malam, kitorang order ikan stim lemon grass apa ntah punya panjang nama dia, yang penting, memang layan. Harga dia, ikut berat, 100g berapa THB ntah, tapi harga ikan kitorang THB400. Okayla, share 2 orang, tu pun tak habis, sayang doh. Tapi perut gue takda space lagi.


Kalau korang datang sini, jangan tak cuba masakan gini, rugi. Masa taip ni pon air liur kecur, oh no, ada sesiapa baik hati bagi aku tiket free pergi Phuket?