Tuesday, April 28, 2015

Phuket, Thailand (Day 1)

Ke manakah destinasi kita kali ini? Kita ke Phuket......First of all, entry kali ini akan dibahagikan ikut hari, kalau the whole story masuk dalam satu entry memang panjangla. Untuk percutian kali ini, saya akan masukkan sekali bajet, semampu yang saya ingatla kan.

Tiket flight memang awal-awal dah booking.

Kuala Lumpur International Airport 2- Phuket International Airport (return)

  • RM570 untuk 2 orang. Ini memang kena survey awal-awal la,ikut promotion.


Hotel untuk 6 hari 5 malam (@Home Boutique Hotel)

  • RM390 (booking.com) Untuk hotel memang kitorang dah bayar siap-siap. So, nanti, tukar duit untuk tambang, makan dan joli-joli,haha.


22 April 2015

Aku dengan member aku pilih naik mini van untuk ke hotel kitorang di Patong Beach, Phuket. Seorang THB180 je. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari airport sebab agak jauh, dalam 40km, tambah lagi dengan traffic jam, mak aih, kepak kamek eh.

Dalam perjalanan, mini van ini akan singgah kat satu tempat, dorang try la nak promote pakej tour and bla..bla..bla..Aku dengan member aku memang plan nak pergi survey sendiri bila dah sampai sana nanti. So,aku cakap, kitorang dah book online untuk tour sepanjang kat Phuket, ok, pak cik promote pun diam. Orang lain yang sama naik mini van, memang lama la kat situ, sebab dorang promote macam-macam. My advice, jangan beli, mahal kot. Nanti la aku cerita misi mencari tour di Patong,okay.

Sampai je di hotel, almost sunset, sebab kitorang naik flight pukul 4 petang dari KLIA2,sampai kat airport pukul 4.30 petang waktu tempatan. Sampai kat hotel, memang terkejut beruk la,walaupun setakat ni belum pernah tengok beruk terkejut.

Aku tak espek pun hotel aku macam ni dengan harga RM390 untuk 5 malam, dengan kedudukan hotel gak. Ok, jom tengok gambo.





Bilik cantik, katil selesa, tandas bersih, servis memang tip top. Then ada peti sejuk dan safety box kat dalam bilik. Hari-hari ada orang kemas bilik, tukar towel, refill air minuman, shower gel dan shampoo. Terbaekkkk...

Nak banyak lagi gambar, bole tengok sini http://www.athomephuket.com/gallery.html

Lepas check in, perut pun dah lapar, aku dengan member aku, jalan-jalan cari makan. Keluar jer dari simpang hotel, belok kiri, jalan lurus. Tak jauh dari situ ada pasar malam, hari-hari ada. Memang meriah. Kitorang makan kat gerai situ jer. Lepas makan, kitorang terjah area situ, survey-survey, pergi ke Bangla Road yang sangat happening, tapi save the best for last,kitorang direct jer menuju ke Patong Beach, duduk lepak kat situ.

Eh, sebelum lepak, aku dengan member cari pakej tour untuk 2 hari pertama. First pakej ke Phi Phi Island Tour naik big boat, seorang THB800. Lepas tu, kitorang jalan lagi untuk cari pakej hari ketiga, James Bond Island, pun kitorang pilih big boat. Untuk James Bond Island Tour, kitorang dapat harga THB600 seorang,yang tu, aku lupa nak ambil gambar resit dia. Untuk pakej ni, korang kena pandai tawar menawar, nasib baik member aku ni, memang hebat part tawar menawar. 


Selesai tawar menawar, aku dengan member aku pun lepak kat Patong Beach, memang best. Tak percaya, datang la ke Phuket.