Monday, February 9, 2015

BAKUN

Trip ke Empangan Bakun ni, aku pergi dengan member kerja 20hb Oktober 2014. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Jarak Bakun dari bandar Bintulu 184.9km, tapi kenapa sampai 4 jam yer baru sampai? Ini kerana keadaan jalan raya dari Bintulu-Bakun agak mencabar, disebabkan laluan tersebut merupakan laluan utama lori-lori besar. (lori balak) So, bawa-bawa bersabar la yer nak.


Aku dengan member gerak seawal 7 pagi sebab nak sampai awal kat sana. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami singgah sebentar di Sungai Asap.


Sungai Asap ni merupakan pekan kecil, jadi, aku dan member aku singgah nak tengok, mana tau ada orang jual ikan fresh. Kalau nak tahu, area Bakun ni terkenal dengan ikan semah yang merupakan salah satu spesis ikan termahal di Malaysia dan harga sekilogram boleh mencecah RM300. Kalau tak percaya, cuba google,hehe. Tapi disebabkan ikan ini bukan spesis rare di area ni, jadi, harganya lebih rendah. Bolehla merasa ikan mahal dak.
Pucuk dicita ulam mendatang, dapatla ikan semah,lain kali aku upload gambar ikan semah yang kami beli okay?

Satu tarikan buat pelancong-pelancong datang ke sini adalah rumah panjang suku kaum Orang Ulu, ada homestay juga. Aku tak pasti sangat detail pasal homestay tu, sebab aku cuma buat a day trip. Aku rasa aku ada ambik gambar rumah panjang tu, tapi tak tahu la, tak jumpa pulak. Takpe, kalau ada, nanti aku update lagi.



Lepas snap sana, snap sini, kami meneruskan perjalanan ke Empangan Bakun. Dalam perjalanan menuju ke Empangan Bakun, anda akan melalui simpang ke Empangan Murum (empangan baru). 


Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami singgah sebentar kat kedai, isi perut dulu.


Kira-kira pukul 12.30 tengahari (panas terik), kami teruskan perjalanan. Nak pergi sana kena ada pas tau. Aku bernasib baik sebab member aku pernah praktikal kat sini, jadi segalanya dipermudahkan. Pasni aku nak share gambar jer lah yek. Biar gambar berbicara.








Suasana kat situ memang terbaik. Lepas habis ronda-ronda, kami check out dalam pukul 2.00 petang. 

The journey of my life

Setiap langkah merupakan satu perjalanan. Segalanya bermula dengan sebuah impian atau cita-cita, disusuli usaha juga berkat dari Tuhan. Kadang-kadang walaupun destinasi telah ditentukan, namun kita masih perlu pilih laluan untuk sampai ke destinasi. Okay,cut it off. 

Aku buat blog ni untuk santai-santai,so,cukupla mukadimah yang skema,haha. Ok,tak lawak. Impian aku dari kecil, nak pergi lawat 7 wonders of the world. Tapi,bila aku dah besar sikit,baru aku sedar,bukan 7 jer tempat yang mengagumkan kat dunia ni. Banyak rupanya.

Bila dah start kerja, barulah boleh tunaikan hasrat berjalan-jalan. Jadi, aku akan share la sedikit sebanyak trip-trip yang aku dah pergi dan akan datang. Travel ni, tak payah tunggu pergi tempat jauh-jauh pun baru nak konsider travel,kan..hehe..

Satu lagi impian aku, untuk support impian travel ni, suatu hari nanti, aku nak la sebiji kamera canggih untuk snap-snap gambar permandangan dan muka aku sekali. Buat masa ni, guna kamera telefon bimbit pun jadilah, yang penting mesej tu sampai kan..